Posted on

TIPS MOVE ON DARI “CRUSH”

Semua kawan sudah berpunya, mulalah kita mencari sasaran untuk menautkan perasaan yang dikenali dengan istilah sensasi “Crush”. Bila nampak crush, hati berbunga-bunga namun bila tahu crush sudah berpunya, maka bersesuaian dengan istilah crush “Hati anda hancur menjadi serpihan”. Sila kutip serpihan hati anda.
Berikut 5 langkah untuk move on daripada Si Dia.

1. TIDUR AWAL. Bila larut malam, buka karakucap namun wajah dan suara si dia bermain di dalam fikiran dan berkali-kali mengetuk pintu hati. Mulalah rasa angau dan sedih sehingga aktiviti anda seperti bekerja dan mengulangkaji pengajaran terganggu.

2. BERHENTI STALKING, UNFOLLOW ATAU BLOCK SOSIAL MEDIA ORANG TU. Seminggu dua anda mungkin mempunyai keinginan untuk menjadi ejen FBI, mengorek segala maklumat dan merenung lama gambar crush, namun anda haru skuat dan menentang kemahuan itu. Sembahnyanglah, perbaiki iman mu, belajarlah, perbaiki gred anda dan bekerjalah, mencari rezeki untuk keluarga.

3. OUTING DAN LEPAK DENGAN KAWAN. Bawalah sahabat handai anda untuk berhibur bersama-sama dan berseronok untuk menghilangkan rasa sunyi atau angau itu. Ketika lepak-lepakan itu jangan pula membangkitkan isu-isu atau pekara tentang Si Dia.

4. DENGAR LAGU RANCAK. Google atau cari di Spotify atau di mana-mana lagu yang rancak dengan lirik yang memotivasikan atau bersemangat untuk menceriakan hati anda. Elakkan mendengar lagu-lagu romantic agar kesedihan anda tidak melarat.

5. Redha bahawa Crushmu bukan Jodohmu. Jika crush anda bukan jodoh anda, jangan sedih kerana Tuhan akan menyediakan yang lebih baik untuk anda. Jika crush anda hensem, mana tau suatu hari nanti anda akan mendapatkan boyfriend yang lebih berkarisma dan maskulin namun gentleman. Fikir secara positif.