
3 PEKARA APA YANG “PENTING” tak semestinya penting, dan yang “TAK PENTING” tak semestinya enteng!
PENTING: SIAPKAN SEMUA KERJA PADA SATU MASA, “TREND MULTITASK “
TAK PENTING: BUAT SATU KERJA PADA SATU MASA, “DIVIDE AND CONQUER”
- Setiap dari kita semestinya diajar sejakkecil oleh masyarakat untuk mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Istilah fleksibel mula diperkenalkan dan semua orang berusaha memenuhi keupayaan itu. Beban bertambahh dan akhirnya kita akan cakap “ ah! Aku depress aa dengan kerja ni! Tak siap-siap!” Chill brother and sister, walaupun kita bukan budak sekolah lagi, cuba buat satu journal untuk jadual kerja dan kita akan menjadi teratur. Amalkan dan segalanya akan menjadi lebih baik.
PENTING: ELAKKAN KRITIKAN/ KOMEN NEGATIF
TAK PENTING: BERANI MENYUARAKAN PENDAPAT
- Hidup ni, tiada yang sempurna. Kita akan disalahkan dan menyalahkan satu sama lain. Namun, jangan biar itu menyekat kita daripada saling berkongsi pendapat untuk menambahbaik kekurangan satu sama lain. Marilah saling melengkapi.
PENTING: KEBEBASAN PENUH
TAK PENTING: KEBEBASAN DENGAN KAWALAN TERTENTU
- Remaja pastinya mengalami masalah ini, “aku nak bebas, jangan kongkong aku”. Tahu tak kongkongan tu yang mengajar anda erti mengawal diri supaya tidak terjerumus ke alam yang gelap. Kongkongan atau kawalan bukan sesuatu yang negatif kerana ia juga meningkatkan keupayaan kita untuk menyesuaikan diri di dalam persekitaran yang baru. Namun janganlah dilakukan secara berlebihan dan lebih baik dilakukan secara ‘ WIN-WIN SITUATION’.