Posted on

5 Cara Elak Penipuan Semasa ” Shopping Online”

1. Pastikan Laman Web ada Sistem Jaminan

Sistem jaminan ini akan melindungi hak anda sebagai seorang pembeli dan anda dapat melaporkan apa-apa pekara yang merugikan sekiranya hal sedemikian berlaku kepada anda. Contohnya:

  • Lazada ada Lazada Guarantee yang bagi jaminan sekiranya pada barang-barang tertentu sekiranya ia palsu, luput tarikh, ataupun rosak. Bagi barang- barang lain pula, ia masih dilindungi di bawah polisi pulangan yang biasa.
  • 11street.my ada sistem eScrow yang hanya akan melepaskan bayaran kepada pembeli bila barangan tu dah sampai.
  • Shopee ada Shopee Guarantee di mana korang kena confirm yang korang dah dapat barang tu baru bayaran akan diberi kepada penjual.
  • Mudah.my ada PayPal Buyer Protection tapi hanya sah untuk bayaran melalui PayPal je. Ada beberapa barang tertentu yang tak termasuk dalam perlindungan ni seperti kereta, rumah, tiket kapal terbang, dan beberapa lagi.
  • Lelong ada Buyer Protection Program (BPP), tapi ini pun hanya sah untuk bayaran yang dibuat melalui NetPay, dan pada barang-barang tertentu sahaja.

2. Baca review dengan teliti

  • Bukan semua review adalah dari pembeli yang sebenar, kadang-kadang penjual akan menyamar sebagai pembeli untuk penipuan demi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Perhatikan pola-pola komen pembeli yang dipaparkan, jika kelihatan mencurigakan, batalkan niat anda untuk membeli barang tersebut. Anda juga boleh mencari maklumat mengenai seseorang penjual di laman Google atau platform jualan atas talian yang lain.

3. Jumpa Depan-depan daripada Bank In atas talian

  • Bagi pembelian yang dilakukan dari Whatsapp, Facebook atau Instagram yang tidak mempunyai Sistem Jaminan yang kukuh, lebih baik sekiranya melihat barangan yang dibeli di depan mata sebelum bayaran untuk mengelakkan daripada kena tipu. Lagi-lagi jika harga barangan tersebut mencecah ratusan ringgit atau anda ingin membeli barangan yang preloved atau second hand.

4. Berhati-hati apabila berurusan dengan penjual atau pembeli luar negara

  • Sebaiknya, jika anda ingin membeli barang daripada luar negara, gunakan platform jualan atas talian yang ada sistem jaminan daripada berurusan melalui sosial media. Risiko penipuan akan berlaku adalah sangat tinggi.

5. Semak rekod penjual atau pembeli jika berasa sangsi atau bila naluri berbicara

Jika pembeli atau penjual mempunyai ragam yang pelik ketika ingin menjalankan urusan dengan anda seperti meminta refund yang melebih-lebih, menangguhkan bayaran dengan alasan tidak berasas, membuat rundingan dengan cara tidak masuk akal dan sebagainya, anda boleh menyemak rekod mereka di laman ini :

  • Tipu.my, korang boleh semak nama, nombor telefon, dan nombor akaun bank untuk kepastian.
  • Truecaller untuk semak nombor telefon tu datang daripada negara mana. Jika negara tu macam tidak masuk akal, abaikan.

Kesimpulannya jika anda membeli barang di atas talian, fahami dan lebih berhati-hati semasa berurusan dengan individu berkaitan tanpa mengira anda berperanan sebagai pembeli atau penjual. Pastikan anda tahu hak anda dan laporkan kepada polis sekiranya ada pekara yang tidak sepatutnya berlaku menimpa anda.

Posted on

“PENTING” VS “TAK PENTING”

3 PEKARA APA YANG “PENTING” tak semestinya penting, dan yang “TAK PENTING” tak semestinya enteng!

PENTING: SIAPKAN SEMUA KERJA PADA SATU MASA, “TREND MULTITASK “
TAK PENTING: BUAT SATU KERJA PADA SATU MASA, “DIVIDE AND CONQUER”

  • Setiap dari kita semestinya diajar sejakkecil oleh masyarakat untuk mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Istilah fleksibel mula diperkenalkan dan semua orang berusaha memenuhi keupayaan itu. Beban bertambahh dan akhirnya kita akan cakap “ ah! Aku depress aa dengan kerja ni! Tak siap-siap!” Chill brother and sister, walaupun kita bukan budak sekolah lagi, cuba buat satu journal untuk jadual kerja dan kita akan menjadi teratur. Amalkan dan segalanya akan menjadi lebih baik.

PENTING: ELAKKAN KRITIKAN/ KOMEN NEGATIF
TAK PENTING: BERANI MENYUARAKAN PENDAPAT

  • Hidup ni, tiada yang sempurna. Kita akan disalahkan dan menyalahkan satu sama lain. Namun, jangan biar itu menyekat kita daripada saling berkongsi pendapat untuk menambahbaik kekurangan satu sama lain. Marilah saling melengkapi.

PENTING: KEBEBASAN PENUH
TAK PENTING: KEBEBASAN DENGAN KAWALAN TERTENTU

  • Remaja pastinya mengalami masalah ini, “aku nak bebas, jangan kongkong aku”. Tahu tak kongkongan tu yang mengajar anda erti mengawal diri supaya tidak terjerumus ke alam yang gelap. Kongkongan atau kawalan bukan sesuatu yang negatif kerana ia juga meningkatkan keupayaan kita untuk menyesuaikan diri di dalam persekitaran yang baru. Namun janganlah dilakukan secara berlebihan dan lebih baik dilakukan secara ‘ WIN-WIN SITUATION’.