Posted on

Top 10 rahsia uncle pembaikan kereta tidak beritahu

car repair Pandorabox

Top 10 rahsia uncle pembaikan kereta tidak beritahu

Rahsia dan Pengetahuan untuk Servis Kenderaan/ Kereta

Di Malaysia bukan hanya golongan pelajar dan pekerja,malah kebanyakan golongan lapisan  masyarakat yang lain memerlukan kenderaan sebagai ganti untuk langkah kaki. Namun suatu saat, kereta tentu akan meragam . Pada masa itu juga kalian mencari kedai mekanik untuk servis dan membaiki kereta. Bila kita perlu menukar minyak hitam kereta? Bateri kereta boleh tahan berapa lama? 

Pengetahuan am ini tanpa disedari mampu mengurangkan serba sedikit perbelanjaan untuk pembaikian kereta di masa depan.

Oleh kerana tidak arif dengan pengetahuan tentang kereta, ditambah pula nasib malang dengan menemui kedai mekanik yang menipu, banyak orang mengalami kerugian yang tinggi semasa menghantar kereta mereka untuk diservis dan dibaiki. Oleh itu kami akan berkongsi serba sedikit pengetahuan asas supaya anda tidak lagi mudah ditipu dan mengelakkan kerugian.

1.       Minyak hitam yang “Fully Synthetic” boleh digunakan untuk jarak 7500 km sehingga 10000 km. Kemudian, jika sudah melebihi had jarak tersebut, bolehlah ditukar minyak hitam itu. Kalau minyak hitam yang TIDAK Fully Synthetic, setelah had jarak mencapai 5000km, sila tukar minyak hitam anda.

2.       “Spark Plug” atau palam pencucuh boleh digunakan dari  jarak 30,000 hingga 40000km. Setelah itu, sila lah servis. Harga bagi 4 batang palam pencucuh adalah dalam lingkungan RM20 hingga RM25.

3.       Bateri Kereta boleh digunakan selama 18 bulan atau secara kasarnya 2 tahun dan bergantung juga kepada tahap penggunaan bateri kereta.

4.       Penggantian “Timing Belt” bagi setiap kereta adalah berlainan, Proton Waja adalah pada had jarak 60,000km, Waja pula pada 90,000km dan Honda CRV ialah pada 160,000km.

5.       Penapis minyak atau selalu kita kenali sebagai “Fuel Filter” perlu diganti selepas jarak mencapai 40,000 km dan harganya ialah dari RM15 hingga RM20.

6.       Kekerapan untuk perlu penggantian “Clutch Plate” kereta bergantung kepada pengalaman pemandu dan penggunaan kenderaan. Ianya perlu ditukar sekiranya rasa macam ada kerosakan dan selalunya kedai mekanik akan mencadangkan untuk menukar setiap 100,000km sekali.

7.       “ATF” iaitu Automation Transmission Fluid adalah sangat penting bagi kereta AUTO. Bagi kereta MANUAL, ia perlu ditukar setiap 20,000 km hingga 30,000 km. Harga biasa untuk ATF ialah RM200 dan kadang-kadang jika bertuah, anda dapat membelinya pada harga RM100.

8.       Minyak Gear  atau “Gear Oil” dan “Power Steering Fluid” perlu ditukar setiap 60,000km.

9.       “Aircond Belt” perlu ditukar sekali dengan “Timing Belt”. Kalau anda melihat ada perubahan bentuk pada alat tersebut, sila tukar komponen tersebut.

10.       “Water Pump” boleh ditukar pada penukaran kali kedua “Timing Belt”. “Timing Belt” perlu ditukar setiap 80,000 km , maka “Water Pump” ditukar setiap  160,000 km.


Sebenarnya servis kenderaan tidak sepenuhnya bergantung kepada lingkungan masa tertentu atau dari saranan mekanik, tetapi sebelum melakukan servis pada kenderaan, bertanyalah sehingga anda faham  sepenuhnya tentang proses-proses servis . Dengan melakukan langkah –langkah tersebut, anda dapat mengelak daripada caj berlebihan yang menyebabkan kerugian.