
Anda pernah sedia untuk kehidupan anda di hari esoknya? Andainya anda turun kerja, dan kereta anda rosak di tengah jalan, anda sudah sedia menghadapinya? Bawa mekanik untuk mengiringi anda sepanjang perjalanan atau menyediakan segala alatan yang diperlukan untuk membaiki kereta anda ditengah lebuh raya yang sibuk. KAHWIN ni lagi rumit daripada menghadapi kerosakan kereta kerana ia melibatkan manusia tersayang yang lagi merumitkan segalanya.

Perkahwinan ini ibarat pertumbuhan di dalam kehidupan. Bukan pertumbuhan secara fizikal namun secara mental. Ia penuh kejutan dan banyak orang mengatakan hidup berkahwin ni macam naik roller coaster dan ibarat berlayar di samudera. Ada ombaknya, ada pemandangan indahnya, ada karamnya, ada sampainya. Kita tak akan pernah sedia untuk semua “pertumbuhan” yang bakal kita alami, namun, ketika kita menghadapinya, bersabar dan belajarnya menyelesaikannya dan melaluinya. Kerana itulah kehidupan, tak ada buku manualnya.
