Posted on

DARI MANA DATANGNYA “ABC”?

Kita belajar ABC dari bangku tadika lagi namun tidak pernah pula bagaimana ABC atau abjad itu boleh ada?Semuanya bermula daripada Egypt :

Pada suatu masa dahulu, warga Egypt menggunakan Hieroglyphs yang mewakili konsonan dan logograf. Logograf ialah huruf dan simbol digunakan untuk mewakili keseluruhan perkataan.

Abjad mula tercipta apabila orang Kanaan atau Orang Samaria berkerja di Pusat Kota Egypt pada kurun ke-15. Penggunaan abjad mula tersebar ke kawasan lain seperti Timur Tengah dan Eropah pada beberapa kurun selepas itu.
Golongan yang mula menggunakan abjad secara meluas ialah Kaum Phoenicia atau dikenali sebagai Orang Ungu yang menguasai kerajaan maritime di sekitar wilayah Mediterranean.

Mereka menggunakan abjad secara meluas di dalam urusan perdagangan dan berlakunya penyebaran sehingga wujudnya Abjad Phoenicia.
Kemudian, Greek meminjam Abjad Phoenicia pada kurun ke-8 sebelum masihi dan menyesuaikannya dengan penggunaan bahasa mereka sendiri. Kemudian, orang Latin mengenali dan mempelajari abjad tersebut kerana berlakunya interaksi dengan orang Greek.
Orang Latin kemudian meningkat dari segi populasi dan membina empayar yang dikenali sebagai Rome.

Walaupun berlakunya kejatuhan empayar Rome, abjad Latin masih kekal dan mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat.

Retrieved from https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Macedonian_Latin_alphabet.jpg

Abjad Latin tersebut berevolusi seiring zaman dan penggunaan menjadi Inggeris Kuno dan Inggeris Moden yang kita gunakan di zaman moden ini.
Itulah serba sedikit sejarah penciptaan ABC yang kita pelajari dan gunakan selama ini.