
Sering kali kita lihat di ruang komen social media, setiap kali ada situasi atau bencana yang tular, ada je akan cakap “ Ini semua illuminati.” Adakah anda sebetulnya tahu apa itu illuminate sebenarnya?
Iluminati ini adalah sebuah organisasi rahsia yang dikatakan mengawal dunia dengan “tangan ghaib”. Organisasi ini terdiri daripada ramai selebriti terkenal seperti Beyonce, Katy Perry, Paris Hilton, Barack Obama, Adolft Hitler, Ratu England dan sebagainya.
Contoh-contoh insiden yang dikaitkan dengan illuminati adalah pembunuhan presiden AS John F.Kennedy dan kematian Whitney Houstin.
Hal ini bermula apabila seorang professor kolej sekular di Bavaria tercabar oleh ejekan rakannya pada tahun 1776. Hali ni menyebabkan individu yang bernama Johann Adam Weishaupt untuk menubuhkan organisasi yang sekarang digelar Illuminati. Pada awal penubuhan, organisasi ini bergabung dengan Freemasons namun ia mengalami pergolakan dan perselisihan faham sehingga menyebabkan bubarnya organisasi tersebut.
Namun, netizen berspekulasi bahawa organisasi tersebut telah bangkit semula berikutan insiden besar yang menimpa dunia. Adakah hal itu benar atau tidak, masih menjadi persoalan dan teori dan misteri.
