Posted on

“KEPUTUSAN”. Anda rasa anda ada masa untuk sakit kepala?

Background Image from HuffPost of Verizon

Kadang-kadang, perkataan keputusan ini boleh menyebabkan kita berdebar ibaratnya berjumpa dengan cinta pertama atau “crush”. Tak kiralah, keputusan peperiksaan, keputusan berkahwin, keputusan temuduga dan sebagainya. Asal ada perkataan “keputusan”.
Pernahkah anda membuat KEPUTUSAN SALAH? Mesti pernahkan, walaupun manusia ni dikurniakan akal, namun akal ada yang pendek ada yang panjang, ada yang tak ada. Kenapa kita boleh buat keputusan yang salah?

  1. Kita mahu selalu menang. “ Aku menang aku hebat”.
  • Mengalah itu tak semestinya lemah, dan menang itu hanya sementara. Rasa ingin menang di dalam suatu percanggahan pendapat membuatkan kita buta terhadap apa yang seharusnya kita dengar dan fahami. Kita menjadikan diri kita pusat alam semesta dan orang lain hanyalah debu. Ya, anda menjadi pusat alam semesta, “YANG KESUNYIAN”. Sebab yang lain kan debu. Mengalahlah bila patut, mengakulah bila salah, tu asam garam kehidupan

2. Tidak menyediakan pelan kedua

  • Sebagai layaknya seorang manusia, tak semestinya kita buat keputusan yang betul walaupun segala segi telah difikirkan. Pekara ini akan lebih memburuk sekiranya anda tidak menyediakan Pelan Kedua. Pelan kedua inilah yang menopang anda sekiranya apa-apa berlaku di luar jangkaan.

3. Terpengaruh dengan masa lalu

  • Mengingat masa lalu itu terkadang menyeksakan, terkadang juga merupakan memori yang indah. Namun, jika kita terlampau terikat dengan masa lalu, ia mampu membuatkan daya kita dalam membuat keputusan yang betul menjadi lemah. Jika membuat keputusan, lihat kepada situasi semasa, lihat ke masa hadapan dan pelajari kesilapan masa lalu. Jangan sejarah berulang dua kali.