Posted on

“Parasite” Filem Korea yang menang Oscar Tiru Filem Tamil Bakal Didakwa Kerana Peniruan Karya

PL Thannapan, penerbit filem Tamil mengatakan bahawa  beliau ingin mendakwa penerbit filem Parasite meniru jalan cerita Minsara Kanna dan ingin mendakwa mereka di atas tuduhan peniruan karya.

Minsara Kanna menceritakan seorang pemuda (Vijay) memasuki rumah dengan ahli keluarganya seorang perempuan kaya di sebalik tujuan yang tersembunyi.

Parasite pula mempunyai plot yang hampir sama dimana, seorang pemuda membawa satu keluarganya bekerja di rumah orang kaya dengan pemalsuan identiti dan menipu hingga berakhir tragis.

Walau bagaimanapun, Pengarah filem Minsara Kanna mengatakan bahawa beliau bangga kerana filem arahannya mendapat perhatian kerana kontroversi tersebut.

“Saya gembira kerana filem itu menerima anugerah Oscar, walaupun ia (Minsara Kanna) hanya sebagai inspirasi.

“Tetapi untuk menyaman, itu terserah kepada penerbit,” demikian kata-kata Ravikumar yang dipetik daripada portal The News Minute.

Sumber: The News Minute, Times of India